Kelas Asas Keusahawanan

5 September 2020 | Aktiviti Terkini

Kelas asas keusahawanan ini memberi tumpuan untuk melatih bakal usahawan dan usahawan baharu dalam bidang keusahawanan seperti memasarkan perniagaan melalui atas talian. Seiring dengan perkembangan dunia teknologi maklumat, perniagaan atas talian (online bussiness) dilihat semakin menjadi pilihan rakyat Malaysia untuk menjalankan perniagaan tidak kira secara kecil-kecilan atau borong. Hal ini adalah kerana ia sangat mudah dan menjimatkan para peniaga serta pembeli. Oleh yang demikian, Pusat Internet Kg Chengal mengambil inisiatif untuk mengadakan Kelas Asas Keusahawanan kepada komuniti yang berminat untuk mendalami ilmu perniagaan dalam talian.

Semoga bakal usahawan dan usahawan baharu dapat manfaat dari kelas ini serta mengaplikasikan di dalam perniagaan masing-masing.Kami di Pusat Internet Kg Chengal berbesar hati mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta yang terlibat.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali

Kembali Ke Atas